Followers

Rabu, 14 Oktober 2015

HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT SEKOLAH

Hari sukan Negara telah disambut pada 10 Oktober lepas, SKSI juga tidak ketinggalan untuk meraikannya, oleh itu, satu program telah dijalankan oleh SKSI bagi peringkat sekolah, program yang melibatkan semua murid ini telah dijalankan di dataran sekolah, program dimulakan dengan ucapan perasmian oleh Guru Besar SKSI iaitu Tuan Haji Mohamad Azman bin Haji Abdul Aziz, beliau telah menekankan tentang kepentingan sukan selain akademik kepada murid-murid. Setelah itu, diteruskan dengan senamrobik yang menarik perhatian warga SKSI, setelah itu, murid-murid dibahagikan kepada beberapa stesen yang mempunyai beberapa jenis permainan yang berbeza untuk dicuba, murid-murid kelihatan teruja dengan permainan yang disediakan, ada juga murid yang tidak pernah mencuba permainan tradisional sebelum ini berpeluang untuk melakukannya. Setelah itu diadakan permainan futsal antara murid prasekolah dan murid tahun 1 sebagai perlawanan pertunjukan yang dimenangi oleh pasukan prasekolah dengan jumlah 4-0. Setelah itu, murid-murid berehat sebelum bersurai. Tahniah warga SKSI