Followers

Jumaat, 27 November 2015

JAMUAN AKHIR TAHUN PRASEKOLAH

Pada 19 November telah diadakan jamuan perpisahan murid prasekolah, murid yang berumur 6 tahun akan melangkah ke tahun satu pada tahun hadapan manakala murid yang berumur 5 tahun akan bertukar antara Prasekolah Ayu Bestari dan Prasekolah Ayu Ceria. Disamping itu diadakan permainan kerusi dan berirama, tiup belon dan cabutan bertuah untuk murid-murid. Jangan nakal-nakal dan ingat pesan guru selalu...






















HARI KANAK-KANAK 2015

Pada 6 November 2015 telah di adakan hari kanak-kanak peringkat SKSI, hari yang meraikan kanak-kanak ini telah diadakan pelbagai acara yang telah dirancang oleh para guru. Pelbagai aktviti telah Berjaya dijalankan dan menghiburkan. Semoga murid dapat menikmati keseronokan bergelar kanak-kanak sebelum memasuki usia remaja. 










PERJUMPAAN BERSAMA WARIS MURID PRASEKOLAH 2016

Pada 5 November yang lepas, telah diadakan perjumpaan bersama waris murid prasekolah tahun 2016, sambutan yang baik dari para ibu bapa memudahkan proses pendaftaran dan perbincangan mengenai perjalanan program prasekolah pada tahun 2016. semoga berjalan dengan lancar pada tahun 2016 nanti.










MINI KONVOKESYEN PRASEKOLAH 2015

Pada 3 November 2015 telah diadakan mini konvokesyen prasekolah yang melibatkan murid prasekolah SKSI, seramai 50 orang murid terlibat dalam menerima sijil tamat pengajian prasekolah bagi tahun 2015. Diharapkan para murid dapat menjadi murid yang cemerlang dalam semua bidang yang diceburi. Sijil dan hadiah telah disampaikan oleh Tuan Guru Besar Tn. Hj. Mohamad Azman bin Hj. Abdul Aziz.