Followers

Ahad, 17 Januari 2016

Hari Orientasi Prasekolah Dan Murid Tahun 1 SKSI



Pada 2 Januari 2016 telah diadakan Hari Orientasi Murid Prasekolah, program ini telah dihadiri oleh murid prasekolah, ibu bapa dan para guru, program ini telah dirasmikan oleh Tuan Guru Besar SKSI iaitu Tn. Hj Mohamad Azman bin Hj Abdul Aziz dan disertai juga dari pihak PIBG yang diketuai oleh Pn. Asmah  selaku Yang di-Pertua PIBG SKSI. Program ini dimulakan dengan memberikan pendedahan awal kepada ibu bapa dan kesediaan murid tentang Prasekolah di SKSI, Program diteruskan dengan ucapan Tuan Guru Besar yang mengalukan kedatangan ibu bapa dan anak-anak. setelah itu, diadakan pemilihan Jawatankuasa Permuafakatan dimana Encik Faziani telah dilantik sebagai Pengerusi bag Jawatankuasa yang menghubungkan prasekolah dengan ibu bapa, setelah itu ibu bapa dan anak-anak telah bergerak masing-masing kep Prasekolah Ayu Bestari dan Pra Ayu Ceria. Apa yang menggembirakan, tiada murid yang menangis semasa pendaftaran dan dilihat begitu seronok untuk ke sekolah. Semoga murid-murid dapat belajar bersungguh-sungguh. Selamat Datang ke SKSI!!