Pada 5
Februari yang lepas telah diadakan lawatan penjagaan pergigian kepada murid
prasekolah, murid-murid prasekolah telah ditunjukkan cara untuk menjaga gigi
dengan betul dengan Jururawat Pergigian telah membuat demonstarsi cara memberus
gigi dengan betul, semoga murid-murid dapat mengamalkan penjagaan gigi dengan
baik.
Prasekolah Sk Seri Indah
Followers
Isnin, 15 Februari 2016
Ahad, 17 Januari 2016
Hari Orientasi Prasekolah Dan Murid Tahun 1 SKSI
Pada 2 Januari 2016 telah diadakan Hari Orientasi Murid
Prasekolah, program ini telah dihadiri oleh murid prasekolah,
ibu bapa dan para guru, program ini telah dirasmikan oleh Tuan Guru Besar SKSI
iaitu Tn. Hj Mohamad Azman bin Hj Abdul Aziz dan disertai juga dari pihak PIBG
yang diketuai oleh Pn. Asmah selaku Yang
di-Pertua PIBG SKSI. Program ini dimulakan dengan memberikan pendedahan awal kepada ibu bapa dan kesediaan murid tentang Prasekolah di SKSI, Program diteruskan dengan ucapan Tuan Guru Besar yang mengalukan kedatangan ibu bapa dan anak-anak. setelah itu, diadakan pemilihan Jawatankuasa Permuafakatan dimana Encik Faziani telah dilantik sebagai Pengerusi bag Jawatankuasa yang menghubungkan prasekolah dengan ibu bapa, setelah itu ibu bapa dan anak-anak telah bergerak masing-masing kep Prasekolah Ayu Bestari dan Pra Ayu Ceria. Apa yang menggembirakan, tiada murid yang menangis
semasa pendaftaran dan dilihat begitu seronok untuk ke sekolah. Semoga
murid-murid dapat belajar bersungguh-sungguh. Selamat Datang ke SKSI!!
Jumaat, 27 November 2015
JAMUAN AKHIR TAHUN PRASEKOLAH
Pada 19 November telah diadakan jamuan perpisahan murid
prasekolah, murid yang berumur 6 tahun akan melangkah ke tahun satu pada tahun
hadapan manakala murid yang berumur 5 tahun akan bertukar antara Prasekolah Ayu Bestari dan Prasekolah Ayu Ceria. Disamping itu diadakan permainan kerusi dan berirama, tiup belon dan cabutan bertuah untuk murid-murid. Jangan nakal-nakal dan ingat pesan guru selalu...
HARI KANAK-KANAK 2015
Pada 6 November 2015 telah di adakan hari kanak-kanak peringkat
SKSI, hari yang meraikan kanak-kanak ini telah diadakan pelbagai acara yang
telah dirancang oleh para guru. Pelbagai aktviti telah Berjaya dijalankan dan
menghiburkan. Semoga murid dapat menikmati keseronokan bergelar kanak-kanak
sebelum memasuki usia remaja.
Langgan:
Catatan (Atom)