Hari sukan Negara telah disambut pada 10 Oktober lepas, SKSI
juga tidak ketinggalan untuk meraikannya, oleh itu, satu program telah
dijalankan oleh SKSI bagi peringkat sekolah, program yang melibatkan semua
murid ini telah dijalankan di dataran sekolah, program dimulakan dengan ucapan
perasmian oleh Guru Besar SKSI iaitu Tuan Haji Mohamad Azman bin Haji Abdul
Aziz, beliau telah menekankan tentang kepentingan sukan selain akademik kepada
murid-murid. Setelah itu, diteruskan dengan senamrobik yang menarik perhatian
warga SKSI, setelah itu, murid-murid dibahagikan kepada beberapa stesen yang
mempunyai beberapa jenis permainan yang berbeza untuk dicuba, murid-murid kelihatan teruja
dengan permainan yang disediakan, ada juga murid yang tidak pernah mencuba
permainan tradisional sebelum ini berpeluang untuk melakukannya. Setelah itu
diadakan permainan futsal antara murid prasekolah dan murid tahun 1 sebagai
perlawanan pertunjukan yang dimenangi oleh pasukan prasekolah dengan jumlah 4-0. Setelah itu, murid-murid berehat sebelum bersurai.
Tahniah warga SKSI