Followers

Rabu, 8 Mei 2013

Projek

PROJEK BUMI HIJAU


Projek Bumi Hijau adalah projek tahunan yang saya jalankan setiap tahun.  Tahun ini murid prasekolah Ayu Ceria menanam pokok bendi.   Objektifnya adalah untuk memberi pendedahan kepada murid mengenai pertumbuhan tumbuhan dan bagaimana memanfaatkan pasir dalam kehidupan. Projek ini dijalankan dalam minggu Tema PASIR.  Selepas ini kami akan menanam pokok terung pula.  Semoga projek ini berjaya seperti tahun-tahun lepas.


LANGKAH 1
Murid meletakan pasir ke dalam pasu semaian

Dipantau oleh PPM
 LANGKAH 2
Murid membuat lubang dan memasukkan benih
 LANGKAH 3
Setelah siap medium semaian, pasu di susun ditempat separuh panas.



 SELEPAS 1 MINGGU


 2 MINGGU


Beberapa anak pokok bendi dipindahkan ke tapak kebun.

Anak pokok yang telah dipindahkan ke tapak kebun

Murid dilatih untuk menyiram tanaman mereka.



Setiap minggu pokok ini akan disembur baja oleh murid supaya pokok subur.    Murid-murid ini memang suka sangat menyiram dan melihat perkembangan pokok mereka.  Tak sabar menunggu pokok bendi berbuah. 
Sekarang telah hampir 3 minggu,  gambar-gambar terbaru mengenai perkembangan pokok bendi ini akan dimuatkan  lagi.  

Setelah 3 minggu

Pokok berusia  3 minggu





MINGGU KE 4







Tiada ulasan:

Catat Ulasan