Followers

Jumaat, 3 Mei 2013

sejarah prasekolah


SEJARAH PENUBUHAN PRASEKOLAH 


Prasekolah Ayu Bestari

Sekolah SK Seri Indah mempunyai 2 kelas prasekolah iaitu Prasekolah Ayu Bestari dan Prasekolah Ayu Ceria.  Prasekolah Ayu Bestari telah dibuka dalam tahun 2006 dan Prasekolah Ayu ceria pula telah dibuka pada 1 Januari tahun 2008.

Prasekolah Ayu Ceria

Prasekolah Ayu Bestari diuruskan oleh Pn. Halimah Husin dan dibantu oleh Cik Zalzilawati Wan Ghazali sehingga kini.  Sementara Prasekolah Ayu Ceria diuruskan oleh Pn. Hasliza Md. Hashim telah dibantu oleh beberapa PPM yang bertukar ganti  PPM pertama ialah Cik NorEmeydiana Hafizal selama 3 bulan, diganti dengan  Pn.Norazuwani Haznira bt. Mohd. Ariffin sehinggalah PPM tetap melaporkan diri  iaitu Cik Safizah Jamhari dari tahun 2009 – 2012. Setelah pemohonan pertukaran diluluskan, tempatnya digantikan oleh Pn.Noorbaizura bt. Baharom yang berkhidmat sehingga kini. 

Pertambahanan murid setiap tahun amat memberangsangkan.  Bilangan murid pada tahun 2008 adalah 34 orang telah meningkat kepada 44 orang dalam  tahun 2009 .  Pada  tahun  2010 pendaftaran murid meningkat kepada 50 orang sehingga kini.


Prasekolah Ayu Ceria

            Banyak kejayaan yang telah di capai oleh prasekolah ini pada tahun 2009  iaitu sebagai naib johan acara Nyanyian dan Gerakan dalam Karnival Prasekolah peringkat zon Timur Laut dan hadiah saguhati dalam acara deklamasi sajak.  Johan acara karnival sukaneka daerah Timur Laut tahun 2010. Naib Johan dalam acara mewarna Karnival Sukaneka Daerah Timur Laut tahun 2011. Selain itu, prasekolah ini juga telah mendapat naib johan  dalam acara nyanyian solo dan  tempat ketiga  dalam acara Nyanyian dan Gerakan dalam Karnival Prasekolah peringkat Daerah Timur Laut pada tahun 2012.

Kejayaan demi kejayaan telah ditempa setiap tahun pada peringkat Daerah sahaja. Diharapkan prasekolah ini akan terus berjaya di masa-masa akan datang sehingga peringkat negeri dan Kebangsaan. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan