Followers

Rabu, 14 Oktober 2015

PERTANDINGAN FUTSAL SMART KICK PERINGKAT NEREGRI PULAU PINANG 2015

Pada 30 Oktober yang lepas, pasukan prasekolah SKSI telah menyertai Pertandingan Smart Kick peringkat negeri Pulau Pinang di Safira Sport Centre, Seberang Jaya Pulau Pinang. Pertandingan ini disertai sebanyak 10 buah pasukan yang mewakili 5 buah PPD di Pulau Pinang, Pasukan SKSI dan SK Tanjung Tokong terpilih mewakili PPD Timur Laut kali ini.

Pasukan SKSI telah ditempatkan dalam Kumpulan B bersama 4 lagi pasukan bersama SK Mohd Shah, SK Alma Jaya, SK Sungai Duri dan SK Seri Permai. Pertandingan telah dijalankan secara liga dengan dua pasukan teratas dalam kumpulan akan layak ke separuh akhir dan seterusnya ke perlawanan akhir.

Pada perlawanan pertama mempertemukan pasukan SKSI menentang SK Mohd Shah, pasukan kita telah tewas 0-2, pada perlawanan kedua SKSI menentang SK Alma Jaya berkesudahan dengan seri 0-0, perlawanan ketiga menentang SK Sungai Duri juga berkesudahan dengan 0-0, menyedari bahawa kemenangan  perlu dicapai untuk layak ke separuh akhir, pasukan kita telah bertungkus lumus untuk menang, akhirnya Berjaya menewaskan SK Seri Permai 1-0 pada perlawanan keempat, hasilnya pasukan SKSI telah berjaya ke separuh akhir selaku Naib Johan Kumpulan B, SK Mohd Shah pula selaku Johan Kumpulan B


Pada perlawanan separuh akhir, SKSI telah bertemu dengan SK Bagan Ajam, perlawanan berlangsung dengan sangat sengit dengan kedua-dua pasukan saling menyerang, sehingga masa tamat, berkesudahan dengan 0-0, penentuan sepakan penalti telah dibuat dengan kedua-dua pasukan gagal menjaringkan gol kerana kecekapan penjaga gol pasukan masing-masing, akhirnya, setelah sepakan penalti ke sembilan telah menghasilkan gol buat SK Bagan Ajam, mereka layak ke perlawanan akhir, SKSI sekadar menduduki tempat ketiga bersama pasukan SK Bandar Tasek Mutiara yang tewas kepada SK Mohd Shah pada satu lagi perlawanan separuh akhir. Perlawanan akhir dimenangi oleh pasukan SK Mohd Shah yang menewaskan SK Bagan Ajam dengan keputusan 2-0. Tahniah diucapkan dan cuba lagi tahun hadapan.





































Tiada ulasan:

Catat Ulasan