Followers

Rabu, 14 Oktober 2015

PERTANDINGAN MBMMBI PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG

Pada 8 Oktober yang lepas, pasukan prasekolah SKSI telah menyertai pertandingan MBMMBI Prasekolah bertempat di SK Desa Murni, pasukan SKSI telah terpilih mewakili PPD Timur Laut bagi kategori Bahasa Malaysia. Pertandingan ini disertai sebanyak 20 buah pasukan bagi Bahasa Malaysia dan 20 pasukan bagi Bahasa Inggeris. 

Pada pertandingan ini, terdapat dua bahagian yang perlu diselesaikan iaitu membina perkataan dan membina ayat, bagi membina perkataan, murid dikehendaki membina perkataan sebanyak mungkin berdasarkan huruf yang diberikan dan membina ayat pula, murid diminta menyusun ayat yang betul berdasarkan perkataan yang diberikan.


Pertandingan kali ini sangat sengit kerana menampilkan pasukan yang terbaik di Pulau Pinang dan pasukan SKSI mendapat saguhati dalam pertandingan ini, tahniah dan teruskan usaha.



































Tiada ulasan:

Catat Ulasan